stories, by FauzanAfandi
Posts tagged outing
Kenduri Kahwin Khalila & Wan
May 20th
Alkisah…
16 Mei 2010
10.30 – Adha datang fetch aku kat Cemara. Fuh Fuh Fuh. Terus, kami menuju ke GCE dan berhenti sebentar di Hentian Elmina arah utara, sementara menunggu Nurhadi datang dengan MyVi barunya.
Lebih kurang 15 minit kemudian, Hadi pun sampai. Dua kereta, terus menuju ke Lebuhraya PLUS, dan berhenti di R&R Rawang arah utara.
Menunggu Ashraf Zakaria (Pak Ya) dan Alif Zaidi, amatlah lama. Semuanya gara-gara kebijaksanaan Alif Zaidi yang mengambil tren Komuter ke Bangi dahulu kemudiannya baru menumpang Pak Ya datang ke Rawang. Kalau dari Kepong terus ke Rawang pun takpa. Dah la lambat. Memang nak kena pukol durian nih.
Sementara menunggu bujang-bujang tersebut datang, kami sempat bersembang selama hampir sejam. Dari Khairy Jamaluddin hinggalah ke Sibu. Dari peristiwa “Woi, Mardis datang” sewaktu tengah-tengah malam tika Tingkatan 1 dahulu, hinggalah ke perubahan-perubahan, baik dan sebaliknya, yang berlaku dalam kalangan sahabat-sahabat ASPUTRA 2007 kami.
Lama menunggu, akhirnya datang jua Alif Zaidi, Shahmi Aidi aka Pod dan juga Ashraf Zakaria aka Pak Ya. Tidak membuang masa, kami terus menuju ke rumah Khalila.
Bersimpang siur sungguh jalan ke Sungai Buaya. Hiasan di tepi jalan pun semakin berubah tatkala kami hampir tiba di destinasi. Dari bangunan dua tingkat, tinggal setingkat. Jalan semakin menjauh, akhirnya cuma pokok-pokok khatulistiwa menghiasi kiri dan kanan jalan.
Mujur, ada signboard “Khalila & Wan” menjadi pemandu arah bisu kami. Walaupun hanya terdapat selang beberapa kilometer, namun ianya tetap berfungsi sebagai pemandu arah kami.
Akhirnya, jumpalah jua kami dengan rumahnya si Khalila. Makan punya makan, bila dah nak balik barulah bersemuka dengan Khalila. Wah wah wah, bahagia sungguh nampaknya. Suka aku tengok husband dia. Muka sejuk mata memandang. Otomatik, doa “semoga kau bahagia hingga ke akhir hayat” pun berkumandang, senyap dalam hatiku.
Sebelum pulang, Khalila berbesar hati menghadiahkan kami sebuah bag of goodies yang mengandungi Al-Quran, kuih bahulu dan bunga telor. First time kot aku pergi rumah kenduri orang dapat Al-Quran. Fuh fuh fuh. Sedang kami menerima goodiebag, Pod ditanya soalan “Pod, tak rasa panas ke pegang beg tuh”?
Selesai semuanya, aku bertolak pulang dengan Nurhadi, merentasi GCE menggunakan MyVi barunya.
Objektif tercapai, aku dah pun berjumpa sebahagian kawan-kawan ASPUTRA 2007 aku. Menarik sungguh trip kali ini. banyak cerita lama dan baru terungkap. Terima kasih semua.

* * *
Jadi adalah sebahagian manusia bertanya kenapa mereka tak diajak. Kata aku, aku dah invite everyone dalam Facebook. Takkanla kena sampai ke tahap aku nak pergi rumah sorang2 dan ketuk pintu tanya nak pergi kenduri Khalila atau tidak?
Untuk aku, aku tau aku takda kereta. Aku takda motosikal either. Habes tu aku nak pegi dengan sapa? So aku amik la inisiatif. Contact la siapa-siapa yang nak pergi, dan ada kereta. Rupanya Adha nak pergi. So aku pun deal la dengan dia. Set nak jumpa bila kat mana dll.
Persoalannya bukanlah boleh pergi atau tidak. Cuma, mahu pergi atau tidak. Hendak, seribu daya. Jangan letak alasan kita atas orang lain.

















