stories, by FauzanAfandi
Posts tagged Islamic
Cabang-cabang yang bercabang
Dec 31st
http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/7805558.stm
Cabang enam membunuh lagi. Cabang enam memang suka membunuh, menyekat hubungan cabang lima dengan dunia luar. Apatah lagi dengan bantuan bintang 50, mereka semakin galak membunuh.
374 (sedang meningkat) orang cabang lima sudah terkorban. Cabang enam nak bunuh banyak mana lagi?
Cabang 14, kita perlu bersatu. Jangan ingat kita tiada daya. Kita ada. Pilihan di tangan anda. Rancanglah. Usahalah. Jadi atau tidak, itu urusan Tuhan. Kita kena berusaha.
Apa boleh kita buat? Banyak. Fikirkan.
HariRaya Post: Compulsion
Dec 8th
There are some ‘open-minded’ Muslims who say that there is no compulsion in the religion. However, during CTIS class (religious class) in my college, the ustaz says there is no compulsion in embracing Islam. He gave us this analogy.
We can’t force people to join police force. However, if somebody joined the police force, there are numerous rules and obligations that he need to follow.
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Petikan dari surah Al-Baqarah, sebahagian daripada ayat 256. (2: 256)
I think the same way happens to SAT. We are not forced to take the SAT. Since, most universities in the US requires SAT as a prerequisite, we have to take it. What happens if we don;t want to take it? We’ll not die anyway. We just not meet most of the universities’ requirement and our sponsor’s requirement.
Our human rights are not challenged by the SAT. We choose whether we want to take it or not.
But what happen if we take it?
We have to abide by its rules and regulations. We have to answer the essay within a limited time and we have to blacken all the answer in the answer sheet. Now, we can’t practice our so-called freedom. We are not allowed to just blacken our answer on a piece of A4 letter just like that.
It’s pretty the same in Islam (based on what I got from the lessons). Once we’re in Islam, we have to follow the rules and regulations.
How does the God knows which is the best for us?
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
The Creator knows the best for us. He creates us, and He does not leave us alone, unguided in this world. He gave us a handbook for us as a guide. It’s Al-Quran. We have to try our best to follow every single rule in Al-Quran. This is what I got from a ceramah during Minggu Mesra Siswa.
Tudung
Mixed reaction from the Muslims. Some says that Muslimah (Muslim female) should wear it, some says it’s up to a particular person. She can CHOOSE whether she want to wear it or not.
They say that they are true. They do agree that tudung is one of their personal rights.
Luckily, our Creator has given us a guide on how should a Muslimah wear tudung.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Surah An-Nur, ayat 31 (24:31)
Conclusion
I’m just sharing what I have seen. Hopefully my readers can get some point from this post. I don’t mean to offend anyone. Open minded people should not be offended by this anyway.
- Selamat Hari Raya AidilAdha to all my Muslim readers -
Islamic versus conventional
Jun 18th
Have you ever think about your bank accounts, your unit trusts, whether it’s Shariah-compliant or not?
Most of us may think it makes small or negligible difference. I’m not explaining more here, because you can find a better writing and explanation about this issue at www. zaharuddin.net
Further reading
Menghakimi orang lain
Apr 8th
Dalam hati, hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya
Ungkapan di atas sering kali kita dengar. Ungkapan tersebut menunjukkan kepada kita betapa ceteknya ilmu kita untuk menghakimi orang lain. Alangkah dangkalnya ilmu makhluk Allah berbanding denganNya. Walaupun begitu, kita sering kali terlepas pandang, terlepas cakap dan juga terlepas fikir bahwa kita tidak layak untuk menghakimi orang lain hanya berteraskan sesuatu peristiwa.
Secara peribadi, saya sendiri sudah banyak kali terkesima apabila mendapati ‘judgment’ saya terhadap orang lain terbukti tidak tepat sama sekali. Dalam usaha untuk menjaga pemikiran dan percakapan saya daripada menghakimi orang lain secara melulu, saya juga tidak terkecuali dalam melakukan kesilapan.
Penting bagi kita untuk sama-sama memperbaik diri kita agar menjadi lebih sempurna. Kita tidak boleh menjadi seorang hamba Allah yang sempurna, namun kita tetap boleh memimpin diri kita menuju ke arah kesempurnaan. Bagaimana caranya? Al-Quran dan hadis boleh memimpin kita. Oh ya, juga para guru yang membantu untuk kita memahami apa yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis itu tadi. Bukan sahaja guru mata pelajaran Pendidikan Islam, bahkan guru yang paling dekat dengan kita pun ada. Ibu bapa kita.
Konklusinya, kita perlu menjadi hakim walaupun kita tidak layak. Hakimilah diri anda sendiri dalam menghakimi orang lain. Sama-sama kita rebut rezeki Allah di dunia ini dan menyimpan bekal untuk Akhirat nanti.
Ceramah di Surau Ibnu Khaldun, Taman Semarak, Kuala Perlis.
Apr 8th
Malam tadi, saya telah berkesempatan mendengar satu ceramah di surau. Penceramahnya ialah Dr. Bashir Bin Abd. Aziz. Beliau merupakan seorang pensyarah di UUM yang juga aktif berceramah di banyak tempat. Beliau juga pernah menyampaikan ceramah di sekolah saya sewaktu perhimpunan pagi beberapa tahun dahulu. Malam tersebut, tema ceramah beliau ialah Maulidur Rasul.
Beliau memulakan ceramah beliau dengan menyatakan bahawa kita tidak perlu takut untuk meraikan Maulidur Rasul. Hal ini kerana walaupun kita rasa pelik untuk meraikannya, namun jika kita dedikasikan hari tersebut untuk mengenali Rasululah dengan lebih dekat, memperkaya diri kita dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, nescaya kita akan mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Asal-usul sambutan Maulidur Rasul
Sambil berjenaka, beliau menegaskan bahawa betapa uniknya sambutan Maulidur Rasul. Tiada lilin untuk ditiup, tiada kek untuk dipotong. Tapi dianjurkan majlis-majlis ilmu pula untuk mengingati Rasulullah S.A.W. Alangkah bagusnya sambutan Maulidur Rasul.
Sambutan ini diilhamkan oleh seorang pahlawan Islam yang terkenal pada satu ketika dahulu (saya tidak ingat namanya). Pahlawan tersebut inginkan seorang idola untuk masyarakat sekelilingnya jadikan contoh, namun tokoh-tokoh yang baik untuk dicontohi telah pun meninggal dunia.
Maka ceramah pun diteruskan. Kata beliau, Siti Aminah iaitu ibu kepada baginda seorang yang masih lagi suci. Tidak pernah seorang pun ajnabinya pernah menyentuhnya. Begitu juga perihalnya dengan Abdullah, bapa kepada baginda. Perkahwinan mereka dirayakan oleh penduduk Arab setempat. Sememangnya masyarakat tempatan menunggu-nunggu siapakah yang bakal mengahwini Siti Aminah. Sememangnya mereka berdua pasangan yang secocok.
Rasulullah S.A.W dalam kandungan
Dalam kitab-kitab sejarah juga ada terulis bahawa Siti Aminah pernah menyatakan bahawa sepanjang tempoh beliau mengandungkan Rasulullah S.A.W, pengalamannya tidak seperti ibu-ibu yang lain. Hal ini kerana kandungannya terasa ringan dan tidak menyusahkannya sepang tempoh mengandung.
Mengenai nama Rasulullah S.A.W pula, datuknya, Abdul Muthalib hendak memberi nama Muhammad kepada cucunya. Maksud nama Muhammad ialah “yang terpuji”. Nama seperti itu memang tidak wujud dalam kamus hidup masyakat Arab Quraisy pada waktu itu. Menamakan seseorang dengan ‘kata sifat’. Namun datuk baginda tetap menamakannya Muhammad.
Persoalan sampingan
Sepanjang tempoh ceramah tersebut, Ustaz Bashir turut menyelitkan beberapa persoalan sampingan untuk menyampaikan mesej tambahan dan juga menambah tahap keberkesanan ceramah tersebut.
Satu daripadanya ialah mengenai pentingnya mencari rezeki halal untuk menyara keluarga. Beliau berpesan, jangan sesekali membawa balik rezeki yang tidak halal ke dalam rumah, kerana rahmat Allah S.W.T tidak akan datang ke keluarga tersebut. Nombor ekor, rasuah jangan sesekali diamalkan. Beliau juga turut ‘membela’ golongan penguasa seperti polis dengan menyatakan hanya segelintir polis yang terlibat dalam rasuah. Jadi, stigma masyarakat terhadap mereka harus diperbetul. Jangan sesekali mempersoal jika keluarga penguasa tersebut menukar atau menambah sesuatu yang baru untuk mereka. Contohnya jika mereka mengecat pintu pagar, jangan terus cop “itu duit rasuah”. Tidak semestinya. Mulut tu jangan jahat.
Beliau menamatkan ceramah beliau setelah 20 minit (lebih kurang) selepas masuknya waktu Isyak. Selepas bersolat Isyak dan solat sunat, beliau terus pulang. Biasa la, surau kampung, sapa nak sponsor makanan. Kalu tidak, boleh juga ustaz tersebut isi perut beliau dahulu sebelum balik.
Iklan Raya Petronas 2006
Mar 4th
Ingatkah lagi anda akan iklan raya PETRONAS pada tahun 2006?
Kisahnya berkisar mengenai seorang lelaki berkeluarga yang agak berat hati untuk menerima kehadiran bapa mertuanya di rumah.
Isterinya selaku anak orang tua tersebut tetap sabar melayan kerenah bapanya. Namun begitu, sikap si suami yang selalu mencebikkan muka dan mengeluarkan ayat-ayat yang pedas sering kali membuatkan orang tua tersebut memekakkan dirinya dengan cara menanggalkan alat bantu dengar yang dipakainya.
Cucu-cucunya yang masih kecil belum lagi memahami apa yang sedang berlaku. Pelbagai masalah ditimbulkan oleh orang tua tersebut, sehinggakan menantunya tergamak membelikan meja dan meletakkan di lokasi berjauhan dari tempat mereka makan. Orang tua tersebut turut diberi ‘tray’ plastik dan cawan plastik untuk digunakan sewaktu makan.
Satu ’scene’ dalam iklan ini menunjukkan seekor kucing sedang makan berhampiran mejanya. Hal ini semakin mengguris hari orang tua tersebut dan dia perlahan-lahan menolak makanan-makanannya ke tepi meja sehingga jatuh sebagai tanda protes. Walau bagaimanapun, menantunya tetap makan seperti biasa tanpa mempedulikannya.
Satu pagi, cucu-cucu orang tua tersebut sedang bermain anak patung di luar rumah mereka. Mereka melakonkan semula perlakuan-perlakuan bapa mereka terhadap datuk mereka. Ibu mereka mula sedar akan kesilapan mereka selama ini.
muhammadfauzan: aku sdih giler tgk iklan nie. Mmg, sekarang nie dah tahun 2008, tapi aku ttap x jemu tgk iklan nie. Ia cukup mengajar aku bahawa sakitnya hati apabila diperlakukan sebegitu oleh anak-anak. Benda mcm ni dah mmg byk berlaku dalam masyarakat kita. Baru-baru ni, aku mendapat peluang tuntuk menjaga atukku yang sedang sakit tua, di mana beliau tidak dapat bangun dari katil dan sudah hampir nyanyuk. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang tidak. Sepanjang tempoh sebulan aku menjaganya, banyak perkara yang aku belajar. Banyak pegajaran yang aku dapat. Antaranya:
- Perlakuan dan akhlak kita semasa muda mempengaruhi keadaan kita sewaktu tua. Pada waktu inilah kita akan lihat adakah anak-anak kita yang kita jaga bagai menatang minyak yang penuh akan sanggup menjaga kita atau tidak. Adakah kawan-kawan kita semasa muda dahulu masih sudi melawat kita? Inilah yang dikatakan balasan Allah di dunia. Baik akhlak kita, baiklah balasannya. Buruk akhlak kita, buruklah balasannya. Tapi kita kena ingat, ini hanya balasan dunia semata-mata. Banyak atau sedikit, bergantung kepada kehendakNya. Terpulanglah kepada kita sama ada nak sedar atau tidak.
- Masa muda hanya sekali, masa tua pun begitu. Bagi yang umur panjang, memang kurang bernasib baik, sebab akan tempuhi masa tua.
- Ganjaran yang amat besar menanti sesiapa yang menjaga orang tua dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.