Pergi

termangu sendiri
menatap sepi
titisan dakwat mewarnai
coretan anak pertiwi

tidak semena ilham menerpa
ragam diperhati segala
tiada lupa ditelusuri jiwa
alpanya sesaat pun tiada

sayang anak sudah meningkat usia
walau bertimba ilmu dipunya
walau utuh otot disenamnya
kudratnya sudah tidak seberapa

ditinggalnya sebuah legasi
harapnya terus berevolusi
tidak statik di sisi
tidak berkarat dimakan hari

Kursus Kenegaraan Maresiswa, Biro TataMare di Ulu Sepri, N. Sembilan

Pada 26 April hingga 30 April yang lepas, saya telah menghadiri kem Biro TataMare (BTM) di Ulu Sepri, Negeri Sembilan. Antara kurikulum yang wujud di kem BTM tersebut ialah:

  • Pembentangan Kertas Kerja 1 – Kejmahiran membentuk rambut menggunakan pelbagai jenis gel, terutamanya Gatsby
  • Pembentangan Kertas Kerja 2 – Kemahiran asas Warcraft DoTA
  • Pembentangan Kertas Kerja 3 – Menuju ke arah kecemerlangan pengurusan masa cara Mare
  • Pembentangan Kertas Kerja 4 – Ciri-ciri Maresiswa cemerlang
  • LDK 1 – LDK 9 – membincangkan lebih lanjut dan mendalam berkenaan TataMare
  • Sesi riadah bersama Mare
  • Makan-makan gelak ketawa bersama Mare
  • Dan lain-lain lagi aktiviti menarik bersama Mare

Ok anda tahu saya tipu kan? Izinkan saya memperkenalkan sahabat saya yang tidak asing lagi dalam kalangan pelajar ACT 3 (sekarang juga terkenal dalam kalangan pelajar Kolej Filling di Value), TENGKU AHMAD SYAMIL PETRA aka Mare!!!

Alkisah, setelah mendapat tahu senarai nama peserta BTM yang bakal ke US, Mare sempat meluahkan rasa kekecewaannya kepada saya. Katanya, siapa je yang nak berkawan-kawan dengannya nanti… Saya tidak membalas rungutannya secara jelas. Bagi saya, biarlah masa menentukan. Mungkin saya terlampau positif, tetapi saya amat yakin, Mare pasti akan seronok jua mengikuti kursus BTM ini nanti.

Hari yang dinanti pun tiba. Kami pun bertolak ke US yang jauh itu dengan hanya menaiki kapal terbang Nissan Diesel kepunyaan Pusat Pendidikan Antarabangsa (PPA). Setelah proses daftar masuk dan perletakan bagasi, kami terus menuju ke pintu masuk (boarding gate) yang boleh ditekan buka atau tutup oleh juruterbang kami, En. Hasbullah Muda dengan tenang dan coolnya. Maka Mare di dalam kapal terbang tersebut telah tidur. Jet lag agaknya. Kami singgah sebentar di lapangan terbang Petronas-kat-mana-entah-tapi-kat-highway-la untuk mengisi minyak kapal terbang yang kian habis. Maklumlah, US kan jauh. Setibanya di lapangan terbang tersebut kami turut bertemu dengan pelajar-pelajar INTEC yang akan ke Kursus Kenegaraan Mahasiswa BTN di Sepang, Selangor. Hairan juga kerana mereka hanya perlu menggunakan bas sedangkan kami perlu menggunakan kapal terbang. Ya, US sangat jauh. Negeri Sembilan tu! Mare masih lagi belum ketemu titik keseronokannya kerana dia masih lagi meluahkan kekecewaannya tatkala berjumpa dengan sahabat Sepang kami di Kedai Mesra, sebuah duty-free shop yang boleh dikunjungi di lapangan terbang persinggahan tersebut. “Hambar giler kot bas kitorang, xde orang buat lawak pon,”, kata Mare.

Setibanya kami di US, kami disambut oleh beberapa pegawai dari BTM yang semuanya kelihatan mesra. Yang dinanti-nantikan, iaitu pelajar dari kolej persediaan lain, belum lagi muncul. Manakah mereka? Oh, US memang jauh. Tidak mengapa, mereka hanya perlu bertolak dari Value, dekat saja. Aku dan Mare masih lagi sabar menunggu.

Tidak beberapa lama kemudian, sampailah pelajar Kolej Filling dari Value. Wah, semuanya kelihatan muda-muda! No wonder lah, kerana mereka kebanyakannya lahir pada tahun 1991, sama juga dengan superyoung-looking Xue Yuan. Timbul juga keinginan untuk mengenali mereka. Setelah beberapa conversation kecil mengambil tempat, saya mendapati kesemua mereka adalah pelajar Australian-bound, sekarang sedang dalam program South Australian Matriculation (SAM).

Oleh kerana imej saya yang tidak seberapa di US, mungkin itu antara sebab susah bagi saya untuk mula berinteraksi dengan mereka. Syukur, Vijeya mampu mengorak langkah perkenalan dengan lancar dan sesuai dengan keadaan. Umair pula, kurang bercakap sedikit. Sesi perkenalan bermula, dan nampaknya satu langkah yang agak silap diambil saya apabila saya menggunakan bahasa yang formal apabila berinteraksi dalam kumpulan. Alasan saya, itu merupakan interaksi cara ilmiah, oleh itu saya kira tiada masalah untuk saya menggunakan pemilihan perkataan-perkataan dari bahasa baku sebagai medium interaksi saya dan ahli kumpulan.

Seorang ahli kumpulan, Haziela, bertanya mengapakah saya bercakap sebegitu rupa. Spontan saya menjawab, sedikit sebanyak cara percakapan sedemikian rupa dipengaruhi oleh ayah saya. Tidak terfikir pula akan jawapan lain yang lebih sesuai atau tepat berbanding jawapan itu.

Jadi cara pertanyaan dan interaksi Haziela membuatkan saya terfikir sejenak. “Eh, budak ini, ada something yang menarik pasal dia. Tapi apa ya?”. Pertanyaan, tinggal pertanyaan. LDK diteruskan, saya memilih bulat sebagai bentuk favorit, diikuti oleh empat segi. Wah, sama juga dengan pilihannya. Oh, kami mempunyai kemistri. “Eh ye ke kemistri? Tak kot.” Fikir saya dalam hati. Tapi sudah-sudah macam susah nak respon je budak neh. Macam mana ya? Wait and see. Kalau ada, ada. Kalau tiada, tiada. Perempuan dalam hati sudah lima tahun bertapak pun tak hilang-hilang lagi, inikan perempuan baru. Dah la birthday sama dengan member sekolah rendah dan member sekolah menengah. Adoi.

Saya juga mendapati pelajar comel ini juga merupakan seorang ExpressEater. Belum pun sempat saya menghabiskan ikan, beliau sudahpun berlalu dari meja tanda selesai makan. Kadang-kadang, ingin juga makan cepat-cepat. Hasilnya? Tulang ikan di kerongkong. “Vijeya now you know why I

suffered during the dinner“.

Interaksi di dewan makan berlaku, pada kadar yang amat minima, bagi saya. Susah juga untuk berinteraksi sebagai ahli kumpulan, sesama ahli kumpulan. Yang sering kedengaran mencecah gegendang telinga hanyalah interaksi sesama peserta dari kolej yang sama. Terfikir juga saya, apakah manfaatnya dibahagikan kumpulan yang bercampur-campur kalau kita sendiri tidak mahu melangkah keluar dari pagar yang kita sendiri bina? Beberapa lontaran idea lawak aku tahap permulaan ternyata hambar. Tiada yang menyahut, tiada juga yang memberi respon. Beberapa interaksi dalam bentuk yang lain juga kurang membuahkan hasil. Keselesaan belum lagi timbul.

Sesi-sesi berikutnya pun begitu, mendorong aku untuk membuat konklusi yang mereka ini sememangnya tidak boleh ‘in’ dengan aku. Tidak meletakkan punca atas program saya ataupun institusi saya, mungkin, ada aspek dalam diri ini yang masih perlu dibaiki. Untuk beberapa hari kemudiannya, aku terus menjadi manusia yang tidak bising.

Namun begitu, pada hari kedua, ada satu ‘pantun’ yang ‘dijual’, ‘terbeli’. I was talking about “minta milo ais tapi tanak milo”. She repeated my sentence. “Wah, ada orang pakai jugak cakap aku. Kira petanda baekkk nih”

Memberi respon hanya di dalam LDK, kerana LDK adalah satu aspek yang amat saya suka. Dalamnya terkandung pelbagai ilmu dan fakta yang sebelum ini hanya bermain di kotak fikiran sebagai persoalan-persoalan yang menanti jawapan.

Tidaklah setiap masa keadaan begitu. Ada kalanya mereka mendapat mesej yang saya sampaikan. Ada juga yang diterima. Jadi, rupanya tidak ada masalah sangat untuk berinteraksi dengan mereka. Satu lagi hasil pemerhatian saya, saya mendapati wujudnya segelintir pelajar yang membahan saya dengan beberapa gelaran yang awesome, contohnya seperti Mall Cop ataupun Super Mario. Menarik, kerana dua nama tersebut belum pernah dikaitkan dengan saya sebelum ini. Seronok kan being nobody in minor group? Satu lagi dapatan yang menarik untuk lifelong lesson saya.

Berada dalam kumpulan tiga, walau bagaimanapun, adalah satu pengalaman berharga bagi saya. Sepanjang sesi LDK, kami dapat mengenali satu sama lain dengan lebih lanjut dan saya juga dapat menyelami sedikit sebanyak apakah yang ada di fikiran sahabat-sahabat saya, baik di PPA mahupun Filling.

Jannah, mahu mengubah pemikiran masyarakat di kampungnya. Beliau tidak bercakap kosong, malahan beliau sudahpun menganjurkan beberapa sesi bersama murid-murid sekolah rendah di kampungnya. Sesuatu yang saya pun belum punya keupayaan untuk melakukannya.

Pei Ler, menebalkan cermin matanya dengan kadar yang agak signifikan, terutamanya selepas memasuki sistem Maktab. Tidak banyak saudara sebudaya Pei Ler di Maktab, bahkan di sekolah saya juga pernah menerima dua orang (sepanjang tempoh saya di sekolah tersebut) namun mereka hanya tahan selama beberapa bulan sahaja di sekolah saya. Mungkin, susah untuk belajar secara kendiri dengan sistem asrama yang agak mencengkam. Sesuatu yang ada pada Pei Ler, tidak pada saya. Saya envy sama dia.

Visi Shi Ling untuk lebih menghijaukan Kuala Lumpur pula menggambarkan betapa inginnya seorang anak bandar melihat suasana hijau, hijau yang lebih hijau daripada pokok DBKL yang ditanam di tepi-tepi jalan berturap yang panas membahang di siang hari.

Betapa inginnya Ja Houng menambah baik sistem PPSMI di negara kita dan tidak menukarnya kembali ke Bahasa Melayu, sesuatu visi yang wajar dihayati dan diperhalusi, sebagaimana yang diputuskan oleh ahli kumpulan panel forum saya semasa Spring Semester 2009 (Carishma, Young Han, Khalis, dan Saya).

*Haziela mana Haziela, tak describe pun???* Ok ada…betapa pelbagainya jenis darah yang mengalir dalam dirinya, Cina, Iban, Melayu, dan lain-lain. Bagaimana kekalnya budaya turun temurun yang diamalkan oleh si nenek, dan keterbukaan yang dizahirkan oleh neneknya apabila menerima keluarga si anak dan juga cucu walaupun sudah berlainan agama. Sebagai satu peringatan jelas, janganlah menjadikan agama sebagai pemisah hubungan kekeluargaan.

Jika ingin diceritakan satu persatu, pastinya tidak muat. Lima hari panjang tempohnya. Bilangan perkataan juga sudah pun mencecah 1300.

Pada hari penamat, sesi bergambar pun bermaharajalela di dewan makan. Salah seorang daripada mereka, Mew Zin, kelihatan ke sana ke mari dengan telefon kameranya. Terdengar dia menyebut “Timbalan penghulu”, agaknya mungkin dia tengah berinteraksi dengan orang lain. Sangkaan saya merosot apabila dipanggil buat kali kedua. Oh, nak ambil gambar rupanya. Kemudian, dia membuat flower face. *???* “Gila-gila juga dia nih, ingatkan jenis yang tak cakap dengan orang”. Maka saya pun buatlah pose seperti yang dikehendaki. Nampaknya pose itu dikatakan lawak. Peluang datang tidak ditunggu. Saya pun tidak betul jugak, jadi apa salahnya nak ambil gambar dengan pelbagai pose. “Lets rock ‘n roll baybehhhhh…” Sungguh seronok, akhirnya dapat jua bersuka ria dengan mereka. Ada juga orang yang ketemu dengan the other side of me. Itu menarik. Sombongkah saya? Terserah kepada rakan-rakan saya di PPA yang telah mengenali saya dan diri saya yang sebenarnya selama hampir dua tahun.

Sebagai mana yang ingin dilihat oleh pemimpin masa kini (melihat rakyat bersatu padu), begitu jugalah saya ingin melihat pelajar-pelajar, tidak mengira kolej, Filling atau PPA bersatu padu, pelajar PPA juga bersatu, tidak mengira program, senior atau junior mahupun kumpulan-kumpulan tertentu.

Harapan saya tinggi.

Semoga apa yang kita peroleh dari BTM dapat kita hayati dan amalkan sepanjang hidup.

* Segala persamaan NAMA, INSTITUSI, ataupun rentetan peristiwa dalam post ini adalah tidak mempunyai kena-mengena dengan entiti yang masih wujud ataupun tidak, baik manusia mahupun buatan manusia. Penceritaan semula ini adalah lebih berbentuk teladan dan tidak berniat menyinggung mana-mana pihak (termasuklah penggunaan nama Flling, Value, dan PPA). Marilah kita sama-sama hidup aman harmoni.

* Apa itu Biro TataMare? Mengambil nama sempena saudara Syamil. Harap anda semua faham.

* Tiada gambar: Gambar akan dimuat naik ke MukaBuku apabila saya mempunyai laptop baru nanti.

image.png

AIF – The INTEC Bus Drivers

image

At times…

Some of us lodge numerous complaints against them.

Some of us yell at them.

Some of us even used vulgar words towards them.

 

During AIF

March 10 – WE realized that we overlooked on the transportation aspect during AIF meeting.

March 11 – I got my copy of approval letter. Tried to reach Kak Rozi (Unit Kenderaan INTEC) but nobody was there.

March 12 – I showed Kak Rozi my scribble version of bus schedule. Promised her that I will come back with a typed one. After Friday prayers I handed her the schedule, WITHOUT ANY OFFICIAL APPROVAL OF THE BOOKING ITSELF.

March 15 – I got Pn. Suzana’s signature for bus booking form. And now the buses are officially booked. After I handed Kak Rozi the form, she immediately gave me a sheet of paper containing the bus schedule, complete with the full name of the bus drivers, complete with their phone numbers.

March 16 – Halloween Night. Bus service: Excellent. For 11 pm bus service, the drivers came to the hall just to check if there is anybody left there, before the last bus departs.

March 18 – Class parade. Bus service: Excellent.

March 19 – Dodgeball. Although the buses are supposed to transport the students back to their respective colleges until around 7 o’ clock, they decided to extend the timing just because there are students at the gym.

March 22 – America’s Got Talent. Same thing like Halloween Night.

March 23 – Hollywood Night. This time the bus went to a small lane beside great hall and making the whole bus-boarding process easier. It was almost 11.30, and the students need to go back.

 

I’m very impressed with the extra effort taken by Kak Rozi and the bus drivers, especially Mr. Samsul, Mr. Fauzi Naai (Pemandu Cemerlang Februari 2010), Mr. Shaharuddin, Mr. Kharsan, Mr. Ahmad Taib, Mr. Hasbullah, Mr. Khairi, Mr. Kanchana, and some other drivers that I forgot to mention their names here.

 

I was inspired to write this post after seeing Yin Peng’s post (see picture above). Next, I would like to post about

AIF – INTEC Lecturers,

AIF – INTEC Guards,

AIF – The [other] unsung heroes

 

I can’t resist this. I must say it: Mdm Su, thank you for you continuous support. Ms Asma (Halloween Night, America’s Got Talent), Mr. Kamal (Halloween Night Video, Class Parade, Dodgeball, America’s Got Talent, Hollywood Night), Ms. Nubailah (Halloween Night, America’s Got Talent, Hollywood Night) Pn. Ainon (Hollywood Night), Mr. Nizam (Halloween Night, America’s Got Talent, Hollywood Night), Ms. Chelvi (Halloween Night, Class Parade), Mr. Keshminder (America’s Got Talent), Pn Mariyani (Halloween Night, Hollywood Night), thank you thank you thank you.

 

I love INTEC.

I love the lecturers.

I love the staffs.

I love the students.

I love my friends.

I love AMERICAN DEGREE FOUNDATION PROGRAM AND AMERICAN CREDIT TRANSFER PROGRAM!

I love them, more than I love my ex.

 

 

Let us all enjoy our semester here.

am Anticipating for summer!!!