perkongsian cerita pada waktu malam. Aku suka, kerana aku banyak benda nak share malam-malam. Siapa yang selalu sembang dengan aku time malam-malam pasti tau.

aku jumpa balik kawan-kawan SKPBS dulu. Ya, dalam Facebook. Banyak jugak. Dan sedang chatting dengan Fatin Laila Manja dan Syakir Ruslan. Otomatik, rasa macam nak balik rumah.

Tapi tak boleh balik rumah. Hari Ahad nak bawa orang putih, Mr. Joe Barbetta menerawang sekitar KL. Highlight utamanya, Menara KL. last time aku pergi pun masa lawatan SKPBS time Darjah 6 dulu.

Alkisah, hari ni cuti Wesak. Aku plan nak tempah bas pakai mulut semalam. Tapi kelas pulak habis lambat dan aku terus terlupa nak telefon Pn Rozi + Pn Su + En Samsul. Hari ni aku telefon semuanya lepas Solat Jumaat. Alhamdulillah, mereka bersetuju. Jadi hasilnya, pengangkutan ke dan dari KL percuma untuk hari Ahad ni. Thanks!

balik kepada cerita SKPBS ni, aku ni bukanlah seorang yang menyinar sangat dulu kat sekolah. Ya, ada satu anugerah spesel yang aku dapat dulu, pelajar cemerlang akademik kerana pencapaian akademik yang constant time darjah 1 sampai 6. walau time darjah 6 tu merosot sikit.

2 – mula-mula peksa. semangat kot. beza 2 markah dengan firdaus sutan maidin. Semua 100, Agama 94.

2 – tak lama sebelum peksa, aku ada gadoh dengan mak aku. mak aku kata “hang xleh dapat aih no. 1 peksa hujung taun ni”. Hasilnya: beza 0.5 markah dengan fidaus. BM 100, Math 100, English 100, Agama 91.5.

1 – membuka lembaran baru di darjah 2.

2 – kalah dalam saingan merebut hadiah hari kecemerlangan sekolah (hujung taun punya peksa leh dapat hadiah)

1 – membuka lembaran baru di darjah 3.

1 – berkongsi takhta dengan Muhsin Shahidan.

1 – membuka lembaran baru di darjah 4.

2 – sekali lagi, kalah dalam saingan merebut hadiah hari kecemerlangan sekolah.

2 – darjah 5 dah mula merosot sket. kedatangan pesaing-pesaing baru.

4 – kemerosotan bertambah. faktor hadiah, mungkin. dan juga kewujudan pesaing baru.

2 – tercungap-cungap masuk ke darjah 6.

5 – mengakhiri peperiksaan darjah 6 dengan ranking yang tak best.

 

no.5 – nomor penyudah aku kat SKPBS. signifikan, sebab family members aku 5 orang. aku lahir pada 5/5 jugak tu.

no.2 – nomor paling banyak aku dapat kt SKPBS. Nomor paling tinggi aku dapat kt SMSTSP. Hopefully, relationship yang no. 2 lah menjadi (ok yg ni in the future)

 

on the way…on the way…hari ni menerawang 1997-2002. esok nak menerawang ke 2005 pulak. somebody wake me up tomorrow.